Tuesday, February 14, 2012

Ujian Hidup (Imam Muda 1)





Ketika hidupku tertekan
Mengaburi pedoman
Kepadanya akan ku pergi
Untuk mencari bimbingnya



Ku serah takdir di tangannya
Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana


Walaupun tak dikurnia kemasyuran
Walaupun tak dilimpah kemewahan
Hati ku tetap akan memuji
Namamu selalu ya rabbi



Walaupun tak di beri kemakmuran
Akan ku memanjangkan kesabaran
Ku teteap syukur pada ilahi
Kerana mengurniakan nyawa ini



Ku serahkan takdir di tangannya
Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana



Dia di hati selalu memberikan ku petunjuk
Apabila pemandangan samar
Biarpun hidup digoda ujian dan pancaroba
Pasti ada hikmah di akhirnya



Walaupun tak dikurnia kemasyuran
Walaupun tak dilimpah kemewahan
Hati ku tetap akan memuji
Namamu selalu ya rabbi

Walaupun tak di beri kemakmuran
Akan ku memanjangkan kesabaran
Ku tetap syukur pada ilahi
Kerana mengurniakan nyawa ini




:-) Sekiranya kamu mengira nikmat kurniaan Allah kepadamu pastinya tidak terhitung (surah An-Nahl : 18) ِ

MAHABBAH RASULULLAH VS VALENTINE DAY

Hati hiba di saat waktunya tiba.
Bukan mudah manusia biasa sepertiku memperoleh impian bersua muka dengannya.
Tapi ucapan salam buatnya sentiasa kusebut untuknya..
supaya dia lebih mengasihiku.
‘Ya Allah..semoga aku dapat bersua dengannya kelak.’ doaku setiap hari.
Tapi..aku malu untuk bertemu dengannya jika diizinkan oleh-Nya.
Aku langsung tidak membawa apa-apa amalan untuk berhadapan dengan kekasih-Nya.
Malu..
Bimbang..
Dia kekasih-Nya..

Dia sentiasa membimbangi aku dan umat sejagat..
tapi kami..
melupakannya..di kala saat gembira..
mengingatinya..hanya di kala kesedihan menimpa diri..
‘Umati..Umati..’ di saat hembusan nafas terakhir..ingatannya..hanya memikirkan kami..
tapi kami…
‘Ya Allah..malu untuk aku berhadapan dengannya..’
Aku gagal untuk mengingatinya sepanjang hayatku..
tapi dia..
sentiasa mengingati kami..

Maafkan aku..wahai kekasih Allah..Aku gagal menjadi umat yang kau ingati di saat nafas terakhirmu..Aku manusia yang tidak mengenang pengorbananmu..
Berdosakah aku?? Ya Allah..ampunkan aku..Aku berdosa kepadaMu dan kekasihMu. Aku melupakan kekasihMu..di saat aku gembira..dihidangkan dengan nikmatMu..
Ampunkan aku..ya Allah..

Wahai kekasih Allah..Rasulullah..

…Layakkah aku berhadapan denganmu..untuk memohon syafaatmu kelak..
…Layakkah aku berhadapan denganmu..untuk memohon perlindunganmu kelak..

‘Maafkan aku..Ya Rasulullah..’


 *Betapa cintanya Rasulullah s.a.w. kpd kita,umatnya...

>oleh itu,buktikan kecintaan kita kpd Baginda dgn mengamalkan sunnahnya & mengikuti jln yg ditunjukkn Rasulullah...

~Cinta PERLU dibalas dgn Cinta ~